Cadangan kenyataan bersama mengenai undi Pos
Nota:Kepada penulis2 blog yang BERSETUJU SILA TINGGALKAN ALAMAT BLOG ANDA di bahagian komen untuk disenaraikan sebagai salah seorang penyata bersama.Bloger yang bersetuju disarankan agar copy-paste kenyataan bersama ini di blog masing2.Ditakdirkan kenyataan ini mendapat sokongan 50 orang penulis blog.InsyaAllah..kenyataan bersama ini akan dipanjangkan kepada peringkat media dan SPR.Selain itu,penulis blog juga disarankan agar memberi candangan berkaitan dengan isi kenyataan bersama yang perlu dibuang dan perlu ditambah bagi tujuan penambaikan,sebelum dipanjangkan kepada pihak tertertentu.Sekian wasalam.
Kenyataan Bersama
http://kakipolitik.blogspot.com/
1. Kami yang terdiri daripada penulis-penulis blog yang prihatin terhadap sistem perjalanan undi POS bersetuju bahawa sistem undi POS haruslah diperkemaskini sejajar dengan kehendak demokrasi dan keadaan semasa. Objektif kami adalah untuk melihat sistem Undi POS menjadi lebih baik dari yang baik.
2. Kami juga menyambut baik janji Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta semua pihak yang boleh mengenal pasti kelemahan kepada proses undi pos itu agar memaklumkan kepada SPR secepat mungkin sebagaimana yang disiarkan di utusan online bertarikh 15/9/09 seperti berikut:
''Beritahu saya kerana saya pun nak perbetulkan kalau ada," Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Atas dasar kesedaran dan semangat cintakan negara,maka kami bersetuju untuk membuat kenyataan bersama sebagai menyambut permintaan Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.Kenyataan bersama kami adalah seperti berikut:
3.Adalah amat malang bagi Malaysia ,walaupun sudah 52 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya terutamanya undi Pos dengan lebih bebas dan adil.Ternyata sepanjang undi POS diperkenalkan masih banyak dakwaan-dakwaan tentang undi POS seperti Tidak telus dan rahsia,wujudnya pengundi hantu dalam sistem undi pos,undi pos tidak relevan,kesahihan undi pos diragui dan wujudnya ugutan dalam sistem undi Pos yang penuh dengan kontroversi sehingga memberi pandangan negatif orang awam terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Kami percaya sekiranya dakwaan-dakwaan tersebut tidak diambil tindakan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kestabilan negara di masa akan datang.Akhirnya memberi imej negatif bukan sahaja terhadap SPR tetapi kerajaan juga turut terpalit sama dengan kontroversi tersebut.Maka adalah sewajarnya SPR bertindak pantas dengan perbetulkan keraguan pengundi terhadap undi pos bagi meminimakan kontroversi Undi Pos itu sendiri.
Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Justeru, kami mencadangkan :
1.MANSUHKAN PERATURAN BORANG 2
Borang 2 adalah satu borang “Perisytiharan Identiti” di mana pengundi pos perlu menulis namanya, nombor kad pengenalannya dan menurunkan tanda tangannya di hadapan seorang saksi. Selepas mengundi, pengundi pos akan meletakkan kertas undi yang sudah bertanda di sampul surat A dan sampul surat A tersebut kemudiannya pula hendaklah dimasukkan ke dalam Borang B bersama-sama Borang 2 tersebut. Mana-mana Borang B yang tidak disertakan dengan Borang 2 akan ditolak (lihat peraturan 15(2))Kami berpendapat peraturan borang 2 ini haruslah di mansuhkan atas sebab-sebab seperti berikut:
1.TIDAK MENJAMIN KERAHSIAAN PENGUNDI POS
Kami percaya peraturan borang 2 menyebabkan undi pos tidak mempunyai aspek kerahsiaan yang kuat.Dengan kertas undi dan Borang 2 yang mengandungi nama dan nombor kad pengenalan pengundi diletakkan di satu sampul surat yang sama (Sampul Surat B), sudah cukup mewujudkan kebimbangan para tentera dan polis tentang kerahsiaan undi mereka. Aspek kerahsian pengundian adalah “sine qua non” (ciri yang penting) di dalam pilihan raya yang adil. Sebarang persepsi daripada para pengundi bahawa undi mereka tidak rahsia sudah cukup menjejaskan pilihan raya yang adil. Ini menyebabkan aspek kerahsian pengundi Pos tidak dapat dijamin .
2.PERATURAN BORANG 2 SATU BENTUK DISKRIMINASI TERHADAP PENGUNDI POS
Kami bersetuju bahawa SPR perlu progresif dan profesional dalam melayani pengundi-pengundi Pos seluruh negara,sebagaimana layanan SPR kepada pengundi biasa. Jika pengundi biasa, tiada Borang 2 diberikan. Malah tidak ada dalam peraturan sekalipun. Namun Borang 2 diwajibkan kepada semua pengundi Pos, walhal nama-nama dan maklumat mereka sudah ada dalam daftar pengundi.Kami berpendapat ,peraturan yang mewajibkan Borang 2 dilampirkan bersama kertas undi adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pengundi Pos. Oleh itu,penulis menyarankan agar borang 2 dalam peraturan pengundian Pos hendaklah dimansuhkan agar tiada lagi diskriminasi antara pengundi Pos dan pengundi biasa.Malah kami juga beranggapan peraturan borang 2,satu bentuk tekanan halus kepada pengundi Pos dalam membuat keputusan untuk membuang undi. Sekali lagi kami, berpendapat SPR perlu mansuhkan peraturan Borang 2 bagi tujuan jaminan kebebasan pengundi Pos membuat sebarang pilihan.
3.KEWUJUDAN PERATURAN BORANG 2 BERTENTANGAN DENGAN AKTA KESALAHAN PILIHARAYA 1954
Kami bersetuju dan beranggapan peraturan borang 2 bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sebagaimana yang kami fahami.Dibawah peruntukan Seksyen 5 Bahagian 11 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, seseorang itu dilarang mendapatkan atau mendedahkan identiti pengundi dan undi mereka, seperti nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi.Sekiranya disabitkan dengan kesalahan melanggar undang-undang ini,boleh didenda sehingga RM3000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Kami amat yakin bahawa tujuan undang-undang ini digubal adalah bertujuan untuk melindungi kerahsiaan pengundi bagi mewujudkan piliharaya yang benar-benar bebas dan adil.
Atas sebab-sebab berikut,Kami menuntut dan menggesa agar SPR TIDAK MELAKSANAKAN atau MENANGGUHKAN PERATURAN BORANG 2 semasa piliharaya kecil Bagan Pinang bagi melihat dan mengkaji secara mendalam apabila peraturan borang 2 terlebih dahulu secara mendalam.
Hasrat Kami hanya dengan satu tujuan,supaya pilihanraya negara kita menjadi semakin adil dan bersih dari yang adil dan bersih.Dengan kata lain,menjadi lebih baik dari yang baik.Perubahan ini harus dilakukan bagi meredakan nilai-nilai ketegangan disebalik kontroversi amalan undi Pos. Biarlah pengundi pos membuang undi dengan aman dan rela,selari dengan hasrat demokrasi itu sendiri. Terpulang kepada pengundi Pos hendak mengundi BARISAN NASIONAL atau PAKATAN RAKYAT.Sekian wasalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Akbar Online
Berita Terkini
-
-
WHO IS BEHIND AGROPOLITAN LOGGING? - *Dear Editor,* * * *FOR THE PAST few weeks, I have received disturbing reports from various kampungs in the vicinity of the proposed Lalampas Agropoli...1 hour ago
-
'Misi Damai' Kedah Masih Bersidang - ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang disertai barisan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri bagi menyelesaikan kemelut kepimpin...3 hours ago
-
1. Helping Out For a Good Cause! - Three senior Malaysians will be running in the 2012 Edition of the Marathon Des Sables to raise funds for Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (P3KU).6 hours ago
-
Wahid Sekali Lagi Cabar Mad Said Berdebat - *KUALA TERENGGANU* – Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut sekali lagi melontarkan cabaran kepada Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato’ Seri ...1 day ago
-
Kenyataan Bersama Dewan Ulamak PAS PUsat Dan Dewan Ulama PAS Kedah - Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah1 day ago
-
Mahathir's "true thoughts" on Israel - *... And why Anwar should have kept Mahathir out of his Jewish predicament.*Reeling from the angry response from Muslims to his * pro-Israel stance* [intervi...1 day ago
-
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki Atau Lelaki Menyerupai wanita - Tag:Soal Jawab Agama Pemberitahuan:Segala hukum atau pandangan yang melibatkan hukum dalam ruangan "Soal Jawab Agama' dikutib dari laman blog/web ustaz-us...2 days ago
-
Hamas: Rejim Zionis bertanggungjawab atas sebarang tindakan terhadap Masjid al Aqsa - Sabtu, 25-02-2012 - Pergerakan Hamas menggesa rejim Zionis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas sokongan dan perlindungan berterusan pihak itu kepada puak e...1 week ago
-
Xavier: Selangor Jamin Tiada krisis Air Menjelang 2014 - Oleh Naeem Raffi SHAH ALAM 15 FEB : Kerajaan Negeri sekali lagi memberi jaminan bahawa tidak akan berlakunya krisis air menjelang 2014 seperti mana yang di...2 weeks ago
-
Good one CARs! "windscreen - In reply to Offer gets lost in translation: Good one CARs! "windscreen cleaning refers to NORMAL cleaning"....... Maybe we should ask CARs if they have an...5 weeks ago
-
Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan - Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih... ...2 months ago
-
Pakatan's Budget sounds good, but is it realistic? - 'It would be better if Pakatan can address the reasons why inflation is rampant viz a viz corruption and how the BN government robs the poor.' Shadow budge...4 months ago
-
Pemimpin PAS tidak perlu risau jika dicabar ketika pemilihan: Abdul Fatah - RANTAU PANJANG: 21 April – Pemimpin PAS tidak perlu berasa risau atau bertindak terburu-buru apabila diuar-uar akan dicabar pada pemilihan parti yang akan ...10 months ago
-
Blog albanjari sudah kena attack ? - (*) kerja-kerja 'malware cleaning' sedang dilakukan di blog. Maaf atas gangguan ini. Pelayar dinasihatkan menggunakan pelayan Opera atau IE(internet explor...1 year ago
-
PR: Pelan tawan Sabah, Sarawak bulan depan - Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan pertemuan mereka bulan depan untuk membincangkan strategi untuk menawan Sabah dan Sarawak yang selama ini di...1 year ago
-
Defer travel to Bangkok, minister says - *PUTRAJAYA:* The Foreign Affairs Ministry has recommended that Malaysians defer all travel to Bangkok, Thailand, until the situation there returns to normal.1 year ago
-
Antara Roh Islam Dan Perkauman Melayu - Roh Islam sememangnya wujud di dalam batang tubuh setiap orang yang mengucap syahadah . Sayangnya roh itu sudah dicengkam oleh sindrom wahhan; iaitu penyak...1 year ago
-
Businesses globally more upbeat about 2010 - Medium-to-large enterprises (MLEs) worldwide are more hopeful of the economy this year, with optimism levels increasing to an optimism balance of +24% ov...2 years ago
-
NOTICE! Please go to the new site - We have just launched our new site. Please go to http://malaysia-today.net/ (http://malaysia-today.net/)This site, mt.m2day.org (http://mt.m2day.org/) ,...2 years ago
-
Politik Terengganu paling bergelora - Oleh *Safar Jumaat* *MENTERI Besar Terengganu*, Datuk Ahmad Said selama ini banyak berdiam diri. Berdiam ini rupa-rupanya menyebabkan beliau dirasakan seba...2 years ago



0 comments:
Post a Comment